SPR bersiap sedia hadapi kemungkinan
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia dengan sebarang kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ekoran perkembangan semasa politik tanah air.
Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, suruhanjaya itu akan melaksanakan tugas mengikut kehendak undang-undang dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.
“SPR akan laksanakan tugas mengikut kehendak undang-undang," katanya kepada portal Malaysiakini hari ini.
Sepanjang 24 jam lalu, suhu politik tanah air dikejutkan dengan pengumuman peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan perpecahan parti komponen dalam Pakatan Harapan.
Hari ini, empat pemimpin PH termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir.
Selain itu, Dr Mahathir juga dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 4.40 petang tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti
Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!