BN, Pas adakan pertemuan tertutup

Semua media dan individu tidak berkaitan dihalang berada berhampiran ruang berlangsungnya pertemuan itu.
Semua media dan individu tidak berkaitan dihalang berada berhampiran ruang berlangsungnya pertemuan itu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas kini sedang mengadakan perjumpaan tertutup di Restoran Riverside Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Perjumpaan bermula jam 9 malam itu menyaksikan kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut menyertai perjumpaan itu ialah Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan.

Warga media yang menanti perkembangan di Menara Dato Onn sejak tengah hari tadi hadir ke lokasi sama bagi mendapatkan kenyataan daripada pemimpin utama kedua-dua parti itu.

632822
632822

Bagaimanapun, semua media dan individu tidak berkaitan dihalang berada berhampiran ruang berlangsungnya pertemuan itu, malah polis bantuan juga bertindak menutup restoran berkenaan bagi mengelak ruang tersebut daripada diceroboh.

Sejak siang tadi, hanya beberapa ahli Parlimen memberi kenyataan ringkas kepada media setelah dipercayai berlangsung mesyuarat di Menara Dato Onn.

Pada awalnya, dikhabarkan ahli-ahli Parlimen BN dan Pas akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, namun perkara itu tidak berlaku.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tiba di Istana Negara

Anwar akui rayu Tun M kekal sebagai Perdana Menteri

DAP mahu Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri

Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!