UMNO tolak bersama kerajaan baharu jika ada DAP

Paparan skrin ciapan Twitter Annuar Musa. Gambar kecil: Annuar Musa
Paparan skrin ciapan Twitter Annuar Musa. Gambar kecil: Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan parti itu lebih rela kekal sebagai pembangkang sekiranya DAP turut bersama dengan kerajaan baharu yang akan dibentuk nanti.

Menurutnya, ia merupakan prinsip parti itu yang tiada tawar-menawar.

"Sesiapa pun yang buat kerajaan tetapi kalau bersamanya ada DAP, maka UMNO reda untuk kekal sebagai pembangkang.

"Perjuangan kami, tetap kami teruskan," ciapnya di Twitter miliknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: DAP mahu Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri

'Bukan kami pengkhianat, tapi mereka...'

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 1 petang tadi.

Tidak lama selepas itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa hari ini.

Artikel Berkaitan:

Petang tadi, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, bagaimanapun, baginda berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pendirian baharu Perdana Menteri selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan.

“Justeru, selaku Perdana Menteri sementara, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri dan ahli Kabinet baharu dibentuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!