Pelakon Razman Hero Remaja, tidak malu kerja cuci rumah

Razman Mahayuddin
Razman Mahayuddin
A
A
A

MESKIPUN sudah terlibat dalam dunia glamor dan bergelar pelakon, bekas finalis Hero Remaja 2017, Razman Mahayuddin tidak malu mengaku turut melakukan kerja sambilan yang memberikan khidmat sebagai sebagai tukang cuci rumah.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Razman telah memuat naik sebuah video dan yang menunjukkan dia sedang melakukan kerja terbabit.

Dia memberikan pekhidmatan tersebut di sekitar Ipoh, Perak, ketika tidak terlibat dengan penggambaran.

“Macam inilah kehidupan Man bila tak ada shooting dan sebagainya. Buat part time cuci rumah dan apa sahaja kerja yang halal. Jangan malu mencari rezeki. We are hero in everything we do,” tulisnya pada kapsyen.

Razman
Razman

Menurut Razman, dia tidak kisah tentang pandangan orang, asalkan kerja yang dilakukan memberikan pendapatan yang halal.

“Apa sahaja yang kita buat asalkan rezeki tu halal, jangan malu. Kalau anda perlukan khidmat cuci-cuci rumah sekitar Ipoh, Perak ni, boleh panggil saya, insya-ALLAH saya akan berikan , servis terbaik.

“Doakan agar rezeki saya dimurahkan dan semoga rezeki anda yang mendoakan saya juga dimurahkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Razman sebelum ini pernah membintangi beberapa drama dan telefilem seperti Isteri Untuk Disewa, Leman Farok, Taxi Love dan lain-lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!