Amirudin menghadap Sultan Selangor pagi ini

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini.

Difahamkan pertemuan ini berkaitan isu politik yang melanda negara pada ketika ini.

Amirudin tiba kira-kira jam 8.50 pagi tadi dengan menaiki kenderaan rasmi Menteri Besar.

Bagaimanapun tidak kelihatan Exco-Exco negeri ini yang hadir di Istana Bukit Kayangan pagi ini.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pada ketika ini, komposisinya adalah 21 kerusi dikuasai PKR, DAP (16), Amanah (8), Bersatu (5), Barisan Nasional (5) dan Pas (1).

Para media berkumpul di luar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Para media berkumpul di luar Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!