Petugas media dibenar masuk Istana Negara

Petugas media dibenarkan masuk ke dalam Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Petugas media dibenarkan masuk ke dalam Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat tiba di Istana Negara melalui Pintu 2 pada jam 10.30 pagi tadi.

Kemudian pada jam jam 10.45 pagi, kenderaan dinaiki Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pula memasuki pekarangan istana melalui pintu sama.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiba di Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiba di Istana Negara hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Diikuti kenderaan dinaiki Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memasuki Istana Negara pada jam 10.47 pagi.

Petugas media berkampung di pekarangan Istana Negara sejak awal pagi lagi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Petugas media berkampung di pekarangan Istana Negara sejak awal pagi lagi. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

11.05 pagi - Kenderaan dinaiki Ahli Parlimen Sri Gading dari Bersatu yang juga bekas timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh dilihat memasuki Istana Negara.

11.45 pagi - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik tiba di Istana Negara dan memberhentikan kenderaan di Pintu 2 bagi memberi minuman kepada petugas media.

Artikel Berkaitan:

Maszlee memberhentikan kenderaan dan memberikan minuman kepada petugas media. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Maszlee memberhentikan kenderaan dan memberikan minuman kepada petugas media. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

12.00 tengah hari - Petugas media dibenarkan masuk ke Istana Negara pada jam 12 tengah hari tadi bagi mendengar satu sesi taklimat khas mengenai perjalanan program yang dijadualkan berlangsung bermula jam 2.30 petang di Istana Negara hari ini.

Taklimat akan disampaikan Datuk Paduka Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin pada jam 12.30 tengah hari di Pejabat Pengurusan Istana Negara.

AKAN MENYUSUL

ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas mungkin ke Istana Negara hari ini

Wan Azizah tiba di Pejabat Perdana Menteri

Amirudin menghadap Sultan Selangor pagi ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!