Menteri Besar Selangor kunci mulut
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan beliau bersama beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi tadi.
Kenderaan yang dinaiki beliau keluar dari Istana Bukit Kayangan kira-kira jam 11 pagi tadi.
Wartawan yang berada di lokasi cuba untuk mendapatkan komen beliau bagaimanapun gagal apabila kenderaan yang membawa beliau berlalu pergi dan hanya melambai kepada media yang menunggu sejak pagi tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Amirudin menghadap Sultan Selangor pagi iniTerdahulu, Amirudin bersama Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.
Difahamkan pertemuan itu diadakan susulan keadaan politik yang melanda negara ketika ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!