Sariyanti, Jep bakal timang cahaya mata kedua

Sariyanti bersama suami dan anak - FOTO: Instagram Sariyanti
Sariyanti bersama suami dan anak - FOTO: Instagram Sariyanti
A
A
A

PELAKON Sariyanti bakal menimang cahaya mata keduanya bersama pelawak Jep Sepahtu apabila mengumumkan kini hamil enam bulan.

Berita gembira tersebut dikongsi Sariyanti di laman Instagram miliknya bersempena sambutan ulang tahun perkahwinan ketiganya bersama Jep yang jatuh pada 25 Februari.

“Esok anniversary kami yang ketiga. Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. Amin.

“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ketiga tahun, kami sedang tunggu kehadiran ahli baru.. Insya-ALLAH.

“Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kisah Kaisara itu juga menitipkan kata-kata manis buat suaminya.

“Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu. Happy 3rd Anniversary,” tulisnya sambil disertakan #6monthpregnant.

Perkongsian tersebut mendapar perhatian daripada peminat dan pengikutnya di Instagram yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah selain kiriman doa buat pasangan ini.

Artikel Berkaitan:

Sariyanti dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Febaruari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dariya Inara, 2.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Sariyanti mempunyai dua anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!