Mesyuarat khas bersama KSU Kementerian berjalan seperti biasa
PUTRAJAYA – Mesyuarat khas bersama Ketua Setiausaha Kementerian berjalan seperti biasa walaupun negara dilanda desas-desus dengan penjajaran semula landskap politik.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, pihaknya terus berkhidmat untuk rakyat dan negara.
“Mesyuarat khas bersama Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian bagi meneruskan khidmat seperti biasa untuk kelangsungan perancangan dan perlaksanaan dasar-dasar sedia ada untuk rakyat dan negara,” ciapnya di Twitter milik beliau hari ini.
Beliau turut berkongsi foto bersama Ketua Setiausaha Kementerian yang terlibat bersama tanda pagar #kepercayaanuntukberkhidmat #trusttoserve dan #bekerjasepertibiasa.
Perkongsian Mohd Zuki turut mendapat pelbagai reaksi netizen antaranya Mohamad Rafi yang mengharapkan semua Ketua Setiausaha dapat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab.
Kuarzfar9@kuazfar9 pula menulis, “Betul tu datuk, kita sebagai penjawat awam meneruskan kerja seperti biasa. Sudah semestinya tanggungjawab penjawat awam,” katanya.
“Harap-harap ada nafas babaru untuk penjawat awam,” komen Mohd@5zal7920.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!