Covid-19: UAE keluar larangan perjalanan ke Iran, Thailand
ABU DHABI - Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengeluarkan larangan perjalanan ke Iran dan Thailand ekoran kebimbangan ancaman wabak koronavirus (Covid-19) di negara terbabit, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kenyataan itu menyatakan: 'Dalam usaha UAE memantau dan mengekang penularan wabak Covid-19 serta demi menjaga kepentingan dan kesihatan orang ramai, Kementerian Luar dan Kerjasama Antarabangsa mengeluarkan larangan perjalanan dan menggesa semua warga UAE tidak mengunjungi Iran dan Thailand ketika ini dan sehingga diberitahu kelak.'
Warga UAE yang sudah berada di negara terbabit diminta menghubungi Kedutaan UAE atau kementerian di talian 800 44444 serta mendaftar diri dengan perkhidmatan 'Tawajudi'. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!