Bubar...bubar, kata dua ahli Parlimen BN sebelum ke Istana Negara
KUALA LUMPUR - Dua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sempat memberitahu 'bubar, bubar' sambil tersenyum ketika menaiki bas yang disediakan di Menara Dato' Onn untuk ke Istana Negara.
Mereka adalah Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan memberi reaksi 'teruja' menaiki bas ke Istana Negara.
"Dah lama tak naik bas, sejak zaman sekolah. Fuh, bersejarah betul," katanya ketika berjalan menuju ke bas.
Kira-kira 50 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas pas yang berada di Menara Dato' Onn sejak tengah hari tadi bertolak ke Istana Negara dengan menaiki tiga bas.
Turut serta bersama rombongan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menaiki bas kerana menaiki kenderaan peribadi.
Kesemua mereka dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.
Media difahamkan satu sidang media akan diadakan di Menara Dato' Onn sebaik sahaja kesemua ahli-ahli parlimen berkenaan selesai di Istana Negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC
Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana
Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti
Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!