Noh Omar tangguh tunai umrah
TANJONG KARANG - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar terpaksa menangguhkan hasrat mengerjakan umrah semalam berikutan keadaan politik tidak menentu ketika ini.
Noh berkata, sebagai Ahli Parlimen Tanjong Karang, beliau bersama semua ahli Parlimen lain berhak menentukan parti yang membentuk kerajaan dan pembangkang.
"Marilah kita berdoa moga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik demi kepentingan agama, bangsa dan negara," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.
Noh berkata, peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan pelantikan menteri-menteri dan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) terbubar.
"Hari ini seolah seolah negara kita seperti baru lepas pilihan raya dan tidak ada mana-mana parti politik yang sah untuk memerintah Malaysia," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC
Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana
Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti
Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!