Media Putrajaya disajikan makanan, minuman
PUTRAJAYA - Kegigihan pengamal media berkampung di hadapan Bangunan Putra Perdana untuk melaporkan perkembangan terkini situasi politik negara mendapat perhatian beberapa restoran yang menyumbangkan makanan dan minuman.
Antaranya Restoran Nasi Lemak Lan Kedah cawangan Putrajaya yang menyumbang 50 bungkus nasi beserta air teh o dan sirap ais.
Syarikat rantaian makanan McDonald's dan pejabat Perdana Menteri turut menyumbang 50 set makanan kepada kira-kira 30 petugas media di situ.
Kesemua penyumbang menyifatkan ia sebagai satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) restoran mereka.
Tengahari tadi, Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli Parlimen BN, Pas tiba di PWTC
Pemimpin tertinggi politik keluar, masuk bangunan Putra Perdana
Politik Malaysia, percaturan seterusnya dinanti
Semua MP akan ditemuduga secara 'personal' oleh Agong
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!