PM Timor Leste letak jawatan
JAKARTA - Perdana Menteri Timor Leste, Taur Matan Ruak meletak jawatan selepas kerajaan perikatannya tumbang, lapor agensi berita Xinhua memetik media Indonesia pada Selasa.
Perdana Menteri menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden hari ini ketika negara Asia Tengara itu berdepan ketidakstabilan politik terbaru selepas tumbangnya perikatan yang menyokongnya di Parlimen, lapor Jakarta Post.
"Saya sudah menghantar surat (peletakan jawatan) kepada presiden," kata Taur Matan Ruak kepada media selepas bertemu Presiden Francisco Guterres.
Katanya, beliau bersedia menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga peletakan jawatannya diterima bagi memastikan aktiviti kerajaan terus berjalan, lapor akhbar itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!