Peniaga didakwa tipu dapatkan pingat Datuk

Tanggeswaran (depan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku tidak bersalah menipu dalam urusan mendapatkan pingat dan gelaran Datuk.
Tanggeswaran (depan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas mengaku tidak bersalah menipu dalam urusan mendapatkan pingat dan gelaran Datuk.
A
A
A

IPOH - Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan menipu seorang pengurus syarikat berjumlah RM15,000 bagi urusan mendapatkan gelaran Datuk dua tahun lalu.

Tertuduh, K Tanggeswaran, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Umzarul An Nur Umar.

Tertuduh didakwa menipu AP Logaruben, 30, dalam urusan mendapatkan gelaran dan pingat Datuk yang tidak wujud di Kawasan Perindustrian IGB Klebang 2 pada 19 November 2018.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Asmaniza Mohammad memintah mahkamah memberikan jaminan RM8,000 namun peguam, Dayang Nor Emilia Azman Shah merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya menanggung ahli keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan melapor diri setiap 15 hari bulan di balai polis berhampiran selain menetapkan kes disebut semula pada 2 April ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!