Polis pantau Dataran Merdeka malam ini

Poster mengenai demonstrasi yang dikatakan akan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam ini.
Poster mengenai demonstrasi yang dikatakan akan berlaku di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sentiasa bersedia dan memantau himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu selepas mengesan poster terbabit yang tersebar.

"Justeru, sepasukan anggota akan ditempatkan di Dataran Merdeka malam ini untuk melakukan pemantauan.

"Setakat ini kita tidak ada menerima sebarang pemakluman berhubung demonstrasi berkenaan daripada penganjur," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Mohd Fahmi turut menasihati orang ramai agar tenang dan mematuhi undang-undang negara.

“Kami akan memantau keadaan dan mengambil tindakan yang perlu bagi memelihara keselamatan semua pihak," katanya.

Terdahulu, tular poster mengenai 'Demokrasi mati, Ayuh turun ke Jalan!' yang memaparkan slogan 'Rakyat mandiri! Nasib kita bukan dalam tangan para politikus' tular di media sosial hari ini.

Demonstrasi itu dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka jam 8.30 malam ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!