UMNO, Pas tidak kemuka calon PM: Noh Omar
TANJONG KARANG - Kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas bersetuju tidak memilih mana-mana calon Perdana Menteri dan meminta Parlimen dibubarkan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, Muafakat Nasional akan tetap kekal sebagai pembangkang.
"Saya baru balik dari Istana Negara, setiap MP (ahli Parlimen) diminta mencadangkan nama bakal Perdana Menteri.
"Jika Tun Mahathir (Mohamad) boleh mendapat sokongan lebih dari 112 ahli Parlimen, maka beliau layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan," katanya menerusi status di Facebook beliau sebentar tadi.
Bagaimanapun katanya, sekiranya Dr Mahathir dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan 112 ahli Parlimen, maka Yang di-Pertuan Agong boleh membubarkan Parlimen.
"Inilah yang kita harapkan supaya rakyat diberi mandat untuk memilih kerajaan baharu," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ahli parlimen isi borang pilih perdana menteri kelapan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!