Kenapa kolej swasta dapat peruntukan walau tiada dalam Bajet 2019

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan kerajaan menyerahkan bantuan kepada kolej swasta.

Katanya, ketika pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hanya menyebut mengenai dana kepada sekolah persendirian Cina.

"Semasa pembentangan belanjawan, memang ada sebut bantuan untuk sekolah menegah persendirian Cina yang memang saya bantah. Tidak ada sebab kerajaan bagi duit kepada sekolah swasta.

"Tapi tak disebut bantuan untuk Kolej Universiti New Era. Atas sebab apa kolej swasta juga dapat bantuan kewangan?" soalnya menerusi hantaran yang dimuatnaik di laman Facebook, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peruntukan Kolej New Era, ini penjelasan kementerian]

Dalam posting tersebut, Khairy turut berkongsi gambar Majlis Penyampaian Peruntukan 2019 Kepada Kolej Universiti New Era dan Sekolah Menengah Persendirian Cina yang dihadiri Gyan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Pada 6 Januari lalu, Nie Ching menyatakan, kementeriannya akan menyerahkan geran berjumlah RM12 juta kepada 60 buah sekolah persendirian Cina seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019.

Beliau berkata, penyerahan tersebut akan dilakukan oleh Guan Eng di kolej universiti tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!