Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

UMNO, BN dan Pas menyarankan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya umum untuk memilih kerajaan baharu diadakan: Timbalan Presiden

Mohamad Hasan -Foto Bernama
Mohamad Hasan -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masa depan negara dan kestabilan politik mesti ditentukan oleh rakyat dan bukannya elit politik.

Sehubungan itu, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Pas menyarankan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya umum untuk memilih kerajaan baharu diadakan.

"Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan.

"Masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.

"Kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya...

"Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia. InsyaAllah," katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: UMNO, Pas tarik balik sokong PM, syor bubar Parlimen

Terdahulu, UMNO, BN dan Pas mengadakan sidang media bersama mengumumkan persetujuan sebulat suara agar Parlimen dibubarkan dan dalam masa sama menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ada syarat-syarat ditetapkan gabungan parti itu yang tidak dipersetujui Dr Mahathir, antaranya enggan bekerjasama dengan DAP.

Sokongan tersebut turut dipersetujui parti komponen BN iaitu MCA dan MIC yang beralasan tidak mahu kerajaan perpaduan dicadangkan Dr Mahathir menjadi sebuah kerajaan tanpa pembangkang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!