Hari kedua Perdana Menteri Interim masuk pejabat

Kelihatan kenderaan yang membawa Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki bangunan Perdana Putra pada pukul 8.25 pagi hari ini. -Foto Bernama
Kelihatan kenderaan yang membawa Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki bangunan Perdana Putra pada pukul 8.25 pagi hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pejabatnya di bangunan Putra Perdana pada hari kedua selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Interim, kelmarin, susulan kemelut politik tanah air.

Dr Mahathir kelihatan menaiki Proton Perdana bernombor pendaftaran Malaysia 2020 tiba jam 8.25 pagi dan melambaikan tangannya kepada jurugambar.

Beliau dijangka akan menerima kunjungan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Sallallahuddin Hassan menyampaikan 50 bungkus nasi lemak kepada petugas media.

JPM turut memasang dua khemah untuk petugas media berteduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran penantian keputusan Agong

Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini

Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

Artikel Berkaitan:

Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim

Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!