Kediaman peribadi Tun M terus jadi tumpuan petugas media
SERI KEMBANGAN - Kediaman peribadi Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines Residence terus menjadi tumpuan petugas media hari ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati rata-rata petugas media daripada pelbagai agensi berkumpul di pintu masuk B bagi mendapatkan sebarang perkembangan terkini.
Bagaimanapun sehingga jam 10 pagi tadi, belum kelihatan sebarang kenderaan ahli politik atau individu kenamaan yang memasuki kediaman peribadi Ahli Parlimen Langkawi itu.
Terdahulu, Dr Mahathir meninggalkan kediaman peribadinya kira-kira jam 8.12 pagi menggunakan pintu B untuk ke pejabatnya di Putrajaya.
Beliau dijangka akan menerima kunjungan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pagi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Debaran penantian keputusan Agong
Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini
Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik
Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim
Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!