Wabak Covid-19: Sidang kemuncak AS-ASEAN tetap diadakan
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) tetap komited untuk menganjurkan sidang kemuncak bersama dengan ASEAN meskipun wabak koronavirus (Covid-19) sedang melanda, kata Setiausaha Negara Mike Pompeo semalam.
"Sidang kemuncak ASEAN tetap diadakan. Kami sedang berusaha ke arah itu," kata Pompeo kepada pemberita lapor agensi berita Sputnik.
Beliau berkata, persiapan masih berjalan untuk penganjuran sidang kemuncak yang dijadual pada minggu kedua Mac di bandar Las Vegas, AS.
Wabak Covid-19 menyaksikan beberapa acara antarabangsa di seluruh dunia dibatalkan.
Sehingga semalam, virus itu telah menjangkiti lebih 80,000 orang di seluruh dunia dan mengorbankan lebih 2,700 pesakit.
Lebih 27,800 orang lagi dibenarkan keluar hospital. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!