Isu ustazah merangkak: Wanita tampil mohon maaf
Paparan Facebook menyatakan wanita tersebut tampil mohon maaf kepada ustazah di madrasah di sini.
A
A
A
Perkhabaran tersebut dikongsi di Facebook Bagan Datuk Kini apabila menyatakan pertemuan mereka berlangsung di Madrasah Ad Diniah Islamiah tersebut.
"Permohonan maaf telah dibuat dan mohon video kejadian tersebut tidak ditularkan bagi kebaikan kedua belah pihak.
"Semoga kejadian ini menjadi pengajaran, pedoman serta teladan kepada pihak ibu bapa, murid dan pihak sekolah," tulisnya pantas menarik perhatian ramai.
Facebook berkenaan juga memuat naik gambar menunjukkan wanita dan ustazah tersebut berpeluk antara satu sama lain sambil disaksikan dua lelaki.
Meskipun ramai lega dengan permohonan maaf dari wanita tersebut, namun ada netizen berharap agar ustazah mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan maruahnya dari terus tercalar.
"Amin, perasaan ibukan, tak sanggup tengok anak kena marah," kata Fakhriyatul Azwa.
Sham Shamngah berkata, "Lain kali kalau nak ambil apa-apa tindakan biar berfikir dulu. Jangan buat keputusan melulu sebabnya bila marah ada orang ketiga kat dengan kita. Tu sebab ALLAH bagi kita otak. Terlajak perahu boleh di undur. Terlajak perbuatan kawan dengan syaitan.
"Apa-apa pun kalau anak tu mengadu kat kita. Jumpa dulu cikgu tu tanya apa yang terjadi. Betul ke tidak. Jangan percaya cakap anak-anak tambahan budak kecil. Siasat dulu," jelasnya lagi.
Semalam tular di laman sosial video berdurasi 2 minit 17 saat menyaksikan ustazah merangkak dengan mengelilingi meja murid di dalam kelas.
Rakaman itu dimuat naik seorang pengguna Facebook bersama status yang menunjukkan rasa kesalnya dengan kejadian itu.
"Cukup kurang ajar sebagai parent (ibu bapa) awak telah menghancurkan hati semua guru di seluruh dunia. Haramkan setitik doa dan ilmu utk anakmu.
"Mana Jabatan Pendidikan Malaysia, sila ambil tindakan buat insan ini. Kalau awak sendiri rasa tersangat hebat sila ambil masa seminggu handle (uruskan) sahaja kelas, 'handle' kerenah anak-anak murid," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Paksa ustazah merangkak tindakan kurang ajar!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!