Polis saran masyarakat kekal tenang

Noor Azam (tengah) merasmikan Program Neighbourhood Watch Kontinjen Selangor Siri 1/2020 di Hub Perindustrian Suntracks, Bangi hari ini.
Noor Azam (tengah) merasmikan Program Neighbourhood Watch Kontinjen Selangor Siri 1/2020 di Hub Perindustrian Suntracks, Bangi hari ini.
A
A
A

BANGI - Polis Selangor bersiap siaga dalam apa jua bentuk keadaan bagi mengawal keselamatan susulan senario politik semasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin menyarankan masyarakat di Selangor sentiasa bertenang dan usah menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"Kita sentiasa bersedia memberi jaminan keselamatan. Buat masa ini keadaan terkawal. Alhamdulillah, masyarakat masih tenang.

"Biar proses demokrasi berjalan dengan baik dan saya sarankan masyarakat terus kekal bertenang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Neighbourhood Watch Kontinjen Selangor Siri 1/2020 di Hub Perindustrian Suntracks, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Noor Azam berkata, kawalan dan pemantauan sentiasa dilakukan dan bersiap sedia biar pun keadaan masih terkawal.

"Saya minta orang ramai untuk memberi kerjasama kepada pihak polis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!