Xiaomi sumbang 'power bank' kepada media
KUALA LUMPUR - Syarikat teknologi global, Xiaomi Malaysia tampil menghulurkan sumbangan pengecas bateri mudah alih (power bank) kepada petugas media di Istana Negara hari ini.
Menerusi akaun Facebook miliknya dengan kapsyen, "You guys cover the news for us, we got you covered! Thank you the unsung hero."
'Power bank' berkapasiti 20,000mah itu diagihkan kepada para wartawan dan jurugambar yang berkampung di Pintu 2 Istana Negara bagi memberi liputan terkini perkembangan politik dari semasa ke semasa.
Perkongsian tersebut pantas menarik perhatian netizen yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Xiaomi dan berharap sumbangan itu tidak terhenti begitu sahaja sebaliknya berpanjangan kepada golongan memerlukan.
Fuad Ahmad berkata, "Alhamdulillah, amalan mulia yang dimulakan oleh YDP Agong Raja beragama Islam dan diikuti oleh banyak pihak. Terima kasih YDPA walaupun dulu tak dihormati, dihina dan dipertikaikan oleh sesetengah pihak tapi sekarang, tuanku amat diperlukan. Terima kasih juga Xiaomi."
Ujar Acik Maui pula, "Kutuk kaum lain tup-tup kaum lain bagi free powerbank. Jangan gunakan perkauman untuk politik, Malaysia sudah makmur aman sentosa, cuma kita rakyat dan pemimpin perlu bekerja keras untuk naikkan kembali kemajuan dan ekonomi Malaysia. Terbaik kepada Xiaomi. Anda 'True Malaysian'."
Setakat jam 2 petang, hantaran Facebook tersebut mendapat lebih 3,000 tanda suka, 427 komen dan 1,000 perkongsian dari netizen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!