Tetap profesional, BCL bakal beraksi di konsert Ronan Keating Sabtu ini

Bunga Citra Lestari
Bunga Citra Lestari
A
A
A

BIARPUN sudah seminggu suami kepada Bunga Citra Lestari iaitu pelakon Ashraf Sinclair meninggal dunia, kediamannya di Pejaten, Jakarta Selatan masih terus dikunjungi orang ramai terutama rakan taulan yang datang menziarah.

Malah semenjak hari pertama sehingga hari ini, BCL tidak putus-putus menerima kunjungan rakan selebriti yang datang bertanya khabar dan memberikan semangat buatnya agar kembali meneruskan kehidupan.

Difahamkan penyanyi Rossa juga beberapa kali menziarah BCL termasuk yang terbaru awal pagi semalam (Selasa) sebaik sahaja selesai tugasnya menjadi juri dalam sebuah program sekitar jam dua pagi. Ternyata BCL mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakannya.

Antara selebriti lain termasuklah Ari Lasso, Marcell, Judika, Baim Wong, Maia Estianty, Rina Gunawan, Lukman Sardi, Nia Daniaty dan ramai lagi.

Menurut rakan-rakan terdekat BCL, ibu kepada seoarang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10, itu kini sudah semakin ikhlas menerima pemergian suami itu. Biarpun masih dalam keadaan yang berduka, namun BCl dikatakan semakin positif.

Terbaru, penyanyi Cinta Sejati itu dikatakan bakal membuat kemunculan pertamanya di pentas apabila mengesahkan untuk tampil di konsert penyanyi antarabangsa, Ronan Keating yang akan berlangsung di Pullman Central Park, Jakarta Barat pada Sabtu ini.

Pada Romantic Valentine Concert with Ronan Keating featuring Bunga Citra Lestari & Christian Bautista itu, BCL akan menyampaikan beberapa buah lagu solo, selain duet bersama Ronan dan Cristian.

Menurut laporan sebuah portal Indonesia, perkara itu disahkan sendiri oleh wakil pengurusan BCL iaitu Yenny Erlin.

Artikel Berkaitan:

"Walau sedang berduka, BCL memastikan secara profesional dirinya akan tetap tampil, pada konsert bersama Ronan Keating.

"Jadi ini sebuah hal positif bagi BCL untuk dapat terus berkarya dan dia yakin, Allahyarham suaminya pun pasti menginginkan hal ini juga," katanya.

Terdahulu sebelum itu, suami BCL, Ashraf Sinclair meninggal dunia di kediamannya pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!