Kerajaan tanpa parti politik tidak wajar: Pas

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR- Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan bahawa parti politik mempunyai kuasa ke atas ahli yang bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus melihat cadangan mewujudkan Kerajaan Persekutuan tanpa parti politik sebagai penyelesaian kemelut politik adalah tidak wajar.

Menurutnya, mengambil individu dari parti politik untuk menyertai Kabinet menjadikan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang 'berkuku besi' kerana menteri akan tunduk kepada beliau sahaja.

"Ini membelakangkan polisi dan prinsip parti yang menjadi sebab individu (dipilih parti) itu mendapat undi dalam pilihanraya.

"Parti politik yang memberi watikah bertanding bukan individu. Individu bebas tidak dapat sokongan rakyat dalam konteks sejarah politik tanah air melainkan beberapa individu tertentu sahaja," katanya mengulas cadangan Dr Mahathir yang mahu mewujudkan kerajaan tanpa parti politik dalam perutusannya hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir melalui perutusan itu menyebut bahawa beliau berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

Katanya, jika ia dibenar maka beliau akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti dan hanya kepentingan negara sahaja akan diutamakan.

ARTIKEL BERKAITAN Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik

Artikel Berkaitan:

Debaran penantian keputusan Agong

Baki 132 Ahli Parlimen menghadap Agong hari ini

Masa depan negara ditentukan rakyat bukan elit politik

Fakta penting berhubung Perdana Menteri Interim

Jangan percaya spekulasi saya tinggalkan UMNO: Hishammuddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!