Pesakit mental di Hospital Sentosa Sarawak meningkat

Jumlah pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Sentosa meningkat tahun lepas apabila seramai 16, 216 orang pesakit luar dicatatkan berbanding 14,698 orang pada 2018.
Jumlah pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Sentosa meningkat tahun lepas apabila seramai 16, 216 orang pesakit luar dicatatkan berbanding 14,698 orang pada 2018.
A
A
A

KUCHING - Jumlah pesakit mental yang menerima rawatan di Hospital Sentosa dekat sini meningkat tahun lepas apabila seramai 16, 216 orang pesakit luar dicatatkan berbanding 14,698 orang pada 2018.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Rosliwati Md Yusoff hari ini berkata, dari jumlah yang keseluruhan yang dicatatkan dalam 2019, seramai 15, 775 merupakan pesakit berulang, sementara 441 orang lagi pesakit baharu.

"Hospital ini yang memiliki 338 katil, dan telah menerima kemasukan seramai 954 orang pesakit tahun lepas berbanding 786 orang pesakit pada 2018," katanya dalam satu sidang akhbar di hospital berkenaan.

Sidang akhbar itu diadakan bagi mengumumkan penganjuran Persidangan Kesihatan Mental Sarawak Ke-6 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 1 April ini di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Dr Rosliwati berkata, peningkatan jumlah pesakit di hospital itu adalah berikutan semakin berkurangnya stigma masyarakat yang mudah menganggap pesakit di hospital itu sebagai 'orang gila'.

Beliau berkata, di antara punca biasa berlakunya masalah mental di negeri ini adalah faktor persekitaran seperti tempat kerja dan bebanan kerja serta hubungan rakan sekerja manakala yang bersekolah adalah disebabkan dibuli atau kerja rumah terlalu banyak.

Menurutnya, sebahagian besar individu yang menghadapi masalah mental berumur dalam lingkungan di antara 30-an dan 50-an, namun terdapat kes-kes yang melibatkan golongan lebih muda berikutan penyalahgunaan dadah ataupun didera secara fizikal dan seksual.

Sehubungan itu, pihaknya mempelawa orang ramai untuk turut serta dalam Persidangan Kesihatan Mental Sarawak itu nanti bagi meningkatkan lagi pemahaman dan pengetahuan mereka berhubung kesihatan mental.

Artikel Berkaitan:

“Kami mensasarkan sehingga 300 orang peserta dari negara ini dan negara-negara lain di Asia Tenggara untuk menyertai persidangan itu dan mereka yang berminat menyertainya boleh mendaftarkan diri di https://smhcon.com/registration atau menghubungi 082-612321 atau 082-612132,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!