Dua ADUN Bersatu Pulau Pinang jumpa Ketua Menteri
GEORGETOWN - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulau Pinang mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri, Chow Kon Yeow di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar) di sini tadi.
ADUN Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq tiba pada jam 12.46 tengah hari manakala ADUN Teluk Bahang, Zolkifly Md Lazim pada jam 12.55 tengah hari.
Kedua-duanya ditemani pegawai khas masing-masing untuk bertemu Kon Yeow dipercayai bagi membincangkan situasi politik semasa.
Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua wakil rakyat itu bagaimanapun gagal apabila mereka enggan bertemu media.
Pertemuan sulit itu diadakan tanpa jemputan media.
Tiga hari lalu, Bersatu mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu kenyataan dengan menyatakan ia diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dalam mesyuarat khas yang diadakan 24 Februari lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu umum keluar Pakatan Harapan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!