Sidang DUN Johor ditangguh: Speaker

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang dijadual pada 5 Mac ini ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berkata, keputusan menunda persidangan sehari itu diputuskan beliau di bawah kuasa Speaker, mengikut peruntukan 7(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri Johor.

"(Penangguhan) dilakukan dengan mengambil kira perkembangan politik pada masa kini,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Suhaizan berkata, notis penangguhan Persidangan DUN Johor akan diserahkan kepada jurutulis DUN untuk disampaikan kepada ahli sidang dewan, pada hari ini.

Ditanya mengenai tempoh penangguhan DUN Johor, Suhaizan menjelaskan ia akan dapat diadakan selewat-lewatnya pada Mei depan.

Daripada 56 kerusi DUN Johor, DAP dan UMNO masing-masing mempunyai 14 kerusi, Bersatu (11), Amanah (9), PKR (5), MIC (2) dan Pas (1).- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!