Netizen tidak setuju tubuh kerajaan perpaduan

Kaji selidik menerusi akaun Facebook Sinar Harian mendapati majoriti netizen tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan.
Kaji selidik menerusi akaun Facebook Sinar Harian mendapati majoriti netizen tidak bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembentukan kerajaan perpaduan membabitkan semua parti politik dilihat sebagai penyelesaian segera dalam menyelesaikan kemelut politik dihadapi negara ketika ini.

Bagaimanapun, berdasarkan kaji selidik dalam talian menerusi akaun Facebook kendalian Sinar Harian mendapati majoriti netizen tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Daripada 114,700 undian yang diterima, 75 peratus daripadanya tidak bersetuju, manakala 25 peratus lagi bersetuju dengan penubuhan kerajaan tanpa pembangkang yang memberi kelebihan kepada Perdana Menteri melantik anggota Kabinetnya berdasarkan kebolehan individu.

Selain membuat undian, netizen turut meninggalkan pelbagai pandangan di ruangan komen.

Sopy Dmelo Eziey berkata, kerajaan perpaduan adalah kerajaan yang sangat tidak stabil.

"Bakal menteri yang akan dilantik nanti akan keliru sama ada mahu ikut sebarang keputusan Perdana Menteri atau kehendak parti yang mereka wakili dalam sesuatu isu berbangkit selepas ini," katanya.

Penjejak Lubuk pula berkata, dari awal lagi sudah nampak kerjasama mereka atas kepentingan masing-masing.

"Bukanlah pada kepentingan rakyat, jika benar untuk rakyat dalam 20 bulan ini pastinya kerajaan sudah pun mendapat sepenuhnya kepercayaan dari rakyat. Hakikatnya kami rakyat hanya dihidangkan dengan parti-parti yang berebut jawatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Malik Mapat pula berpendapat, sekiranya pelaksanaan kerajaan perpaduan itu benar berlaku ia perlu bersyarat.

"Kerajaan perpaduan dengan syarat mansuhkan semua parti politik. Semua bergelar ahli Parlimen bebas. Perdana Menteri pilih Kabinet yang berkualiti." katanya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen memihak kepada pembubaran Parlimen demi keadilan semua pihak termasuk rakyat.

"Sebaiknya bubar sajalah... sebahagian besar memerlukan bahtera Muafakat Nasional melalui PRU15. Inilah tahun terbaik untuk menekan 'reset button'," kata Anwar Basalie.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!