Mak nyah ditembak mati selepas guna tandas wanita
TOA BAJA - Seorang transgender ditembak mati di Toa Baja, Puerto Rico selepas menggunakan tandas wanita di sebuah restoran makanan segera.
Transgender atau mak nyah dikenali Neulisa Luciano Ruiz dibunuh awal pagi Isnin lalu di Toa Baja di sini.
Rakaman kejadian tersebut telah dimuatnaik di laman sosial memaparkan dua lelaki menjerit terhadap individu dipercayai Ruiz.
Polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk rakaman tersebut mempunyai kaitan kematian mangsa.
Sejurus kematian Ruiz, tular di laman sosial nama berbeza buatnya iaitu Alexa.
Seorang aktivis berpengkalan di Puerto Rico, Pedro Julio Serrano menggesa pihak berkuasa menyiasat kes pembunuhan tersebut.
Beliau berkata, video itu adalah jenayah kebencian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!