Sah Malaysia antara 25 negara digantung visa umrah
RIYADH - Kerajaan Arab Saudi hari ini mengeluarkan arahan rasmi menggantung sementara kemasukan jemaah umrah dari 25 negara berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak koronavirus (Covid-19) berkuat kuasa hari ini.
Antara negara yang terlibat ialah China, Taiwan, Hong Kong, Iran, Itali, Korea Selatan, Macau, Jepun, Thailand, Malaysia, Indonesia, Syria, Yemen, Azerbaijan, Kazakhstan, Somalia dan Vietnam.
Usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.
Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabawi di Madinah.
Ia bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut sama ada keputusan tersebut akan memberi kesan kepada musim haji pada kali ini yang bermula pada akhir Julai depan.
Sekatan sementara itu akan terus dikaji semula dari masa ke masa. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Arab Saudi gantung sementara visa umrah
Visa digantung sementara: Puluhan ribu jemaah terjejas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!