Lelaki 100 tahun kahwini gadis 20 tahun

Perkahwinan lelaki berusia 100 tahun itu menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. - FOTO: AGENSI
Perkahwinan lelaki berusia 100 tahun itu menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial. - FOTO: AGENSI
A
A
A

MAKASSAR - Perkahwinan seorang warga emas dengan seorang gadis kira-kira 80 tahun lebih muda daripadanya tular di Indonesia.

Gambar dan video hari bahagia pasangan terbabit yang diraikan di kabupaten Wajo di Sulawesi Selatan turut menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Kumparan.com melaporkan saudara kepada pengantin lelaki, Ayu Anggreni Muchtar turut mengesahkan perkahwinan tersebut diadakan di rumah pihak perempuan di Jalan Galico.

"Ya betul, Katte dan isterinya, Indo Alang selamat diijabkabul semalam. Saya tidak pasti tentang umur sebenar Katte, tetapi dianggarkan kira-kira 100 tahun kerana dia merupakan pejuang ketika era penjajahan Belanda manakala isterinya berusia dalam lingkungan 20-an," ujarnya.

Menurut Ayu, Katte turut membelanjakan 5 juta Rupiah (RM1,500) untuk wang panai (wang hantaran) dalam adat budaya Bugis-Makassar.

Perkahwinan antara pasangan yang mempunyai jarak umur yang sangat jauh jarang berlaku di Indonesia.

Tetapi salah satu majlis yang paling mendapat perhatian melibatkan seorang lelaki berusia 16 tahun dan pasangannya berumur 71 tahun. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!