Bandar Shenzhen larang makan anjing, kucing
SHENZHEN - Bandar Shenzhen akan melarang penduduk mereka memakan anjing dan kucing selepas China kini mengenakan larangan perdagangan haiwan liar yang didakwa menjadi sumber yang menyebarkan koronavirus (Covid-19).
Peraturan yang dicadangkan itu termasuk pengambilan sembilan jenis daging yang dibenarkan termasuk khinzir, ayam, daging lembu, arnab, ikan dan makanan laut.
"Larangan tersebut adalah amalan biasa di negara maju dan menjadi keperluan universal tamadun moden. Walaupun urus niaga di Shenzhen di selatan China agak kecil berbanding wilayah lain, ia adalah bandar lebih besar berbanding Wuhan.
"Langkah ini adalah sangat penting dan akan memberi kesan domino dan akan disusuli bandar lain," menurut kandungan notis tersebut.
Difahamkan, notis itu turut menyatakan terdapat lebih 2,000 spesies haiwan liar yang dilindungi di China.
Sementara itu, pakar polisi untuk kumpulan kebajikan haiwan, Humane Society International, Peter Li turut menyambut baik langkah terbabit.
Isnin lalu, pemerintah pusat melaksanakan larangan urus niaga dan pengambilan haiwan liar selepas langkah penggantungan dilakukan pada Januari lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!