[VIDEO] Wartawan tersunting gambar ketika 'live'

Paparan Twitter CNN mencuri perhatian ramai.
Paparan Twitter CNN mencuri perhatian ramai.
A
A
A

NORTH CAROLINA - Laporan perkembangan cuaca sejuk di North Carolina tidak semena-mena dianggap sebagai paparan lucu susulan wartawan yang sedang membuat siaran langsung menerusi Facebook tertekan butang aplikasi sunting gambar.

Justin Hinton secara tidak sengaja tertekan butang aplikasi itu hingga menyebabkan dirinya kelihatan lucu dengan pelbagai memek wajah yang terpapar sepanjang membuat laporan itu.

Dia hanya menyedari insiden tersebut berikutan penonton memberi komen terhadap memek muka yang pelbagai itu antaranya dengan memakai kostum musang, ahli sihir, helmet angkasawan serta bertopi, lapor CNN.

Difahamkan, Justin berada di North Carolina untuk melaporkan tinjauan cuaca mengenai hujan salji yang melanda pada musim pertama di kawasan tersebut, minggu lalu.

Tidak semena-mena rakaman siaran langsungnya itu menjadi insiden 'luar biasa'.

Sehingga jam 11 pagi, video yang dimuat naik di Twitter CNN itu mencecah lebih 876,200 tontonan sejak semalam.

Rata-rata netizen menganggap video tersebut sangat lucu.

"Aplikasi itu membuatkan dia sangat lucu dan kelakar." @thrillblack.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!