Tiada kes kencing tikus di pusat rekreasi Perak

Memo amaran yang tular di media sosial mengenai kes leptospirosis di tiga lokasi Taman Eko Rimba di sekitar kem tersebut.
Memo amaran yang tular di media sosial mengenai kes leptospirosis di tiga lokasi Taman Eko Rimba di sekitar kem tersebut.
A
A
A

IPOH - Jabatan Perhutanan Perak menafikan dakwaan tular bahawa tiga lokasi pusat rekreasi di negeri ini berlaku banyak kes leptospirosis atau kencing tikus.

Menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini, Jabatan Perhutanan Perak menjelaskan tiada sebarang kes dikesan di Taman Eko Rimba Lata Kinjang di Chenderiang, Lata Iskandar dan Kuala Woh di Tapah seperti yang ditularkan.

Semalam, tular memo di media sosial yang memaklumkan amaran kepada warga RAMD Kem Tapah supaya tidak berkunjung ketiga-tiga pusat rekreasi di sekitar kem tersebut kerana terdapat banyak kes leptospirosis.

Katanya, semakan telah dibuat kepada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mengenai risalah yang tular menggunakan nama Pusat Perubatan Angkatan Tentera.

"Pihak RAMD memaklumkan perkara tular itu tidak betul dan pihak jabatan telah pun memohon pihak RAMD supaya memperbetulkan semula kenyataan tersebut.

"Bagaimanapun pihak jabatan akan membuat makluman segera jika berlaku kes berkenaan," katanya dalam kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: