Bengkel kereta musnah gara-gara bakar sampah

No Image Caption
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang lelaki terpaksa menanggung akibat membakar sampah di tepi bengkel kereta apabila premis miliknya itu terbakar di Taman Permint Perdana, Seberang Takir di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, pemilik bengkel berusia 35 tahun itu juga menanggung kerugian hampir RM10,000 apabila kesemua peralatan membaiki kereta termasuk beberapa buah kereta pelanggannya rentung.

Badlihisyam Abdul Rahman, 35, berkata, ketika kejadian dia baru sahaja sampai di rumah yang jaraknya hanya 100 meter dari bengkel.

Katanya, dia mengakui sebelum itu ada membersihkan kawasan bengkel dan membakar sampah di tepi premis, bagaimanapun sebelum meninggalkan lokasi, dia sudah memadamkan api tersebut.

"Tetapi sebaik tiba di rumah, saya terdengar jiran menjerit bengkel terbakar sebelum bergegas semula ke lokasi tetapi ketika itu saya mendapati sebahagian bengkel sudah pun hangus.

"Dalam keadaan panik ketika itu, memang saya tidak boleh fikir untuk buat apa selain hanya mampu memerhati sahaja bengkel dijilat api," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, dua buah jentera bersama 13 anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 7.16 malam.

"Sebaik tiba, api sudah membabar seluruh bengkel tersebut dan usaha memadamkan kebakaran dilakukan bagi mengelak api merebak ke rumah berhampiran.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian. Punca kejadian dan jumlah keseluruhan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!