Ajal lepas selamatkan kawan

Anggota bomba menjalankan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki yang lemas di Sungai Tebrau.
Anggota bomba menjalankan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki yang lemas di Sungai Tebrau.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hasil usaha menyelamatkan seorang rakan berakhir sebagai insiden pilu apabila seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di Sungai Tebrau, Jalan Bunga Mawar di Kampung Maju Jaya di sini, petang semalam selepas berjaya membantu seorang rakannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Muhamad Afiq Hakimi Abdul Kodi, 12, berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di sungai itu ketika mereka memancing sebelum mangsa dipercayai ditarik pusaran air.

"Difahamkan mangsa bersama tiga rakan sebaya berada di sungai itu. Selepas berjaya menyelamatkan rakannya, mangsa dipercayai ditarik pusaran air menyebabkan dia lemas.

"Seramai 15 anggota bersama jentera dari BBP Kulai serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Tebrau ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

"Bomba membuat pencarian dan menyelamat di permukaan air pada kedalaman kira-kira tiga meter. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan, seterusnya dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat,” katanya.

Anggota bomba menjalankan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki yang lemas di Sungai Tebrau.
Anggota bomba menjalankan operasi mencari seorang kanak-kanak lelaki yang lemas di Sungai Tebrau.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!