Covid-19: Indonesia tutup sementara kedutaan di Korea Selatan
JAKARTA - Indonesia menutup sementara kedutaan di Korea Selatan berikutan wabak Covid-19, lapor agensi berita Anadolu.
Menurut akhbar Republika, Duta Besar Indonesia di Seoul Umar Hadi berkata, kedutaan dan Pusat Promosi Pelaburan Indonesia ditutup sementara mulai Jumaat.
Hadi berkata kedutaan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
Kementerian Luar Indonesia pada Isnin turut mengingatkan orang ramai untuk tidak mengunjungi daerah Daegu dan Gyeongsang Bukdo, dua daerah yang mencatatkan banyak kes Covid-19.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global dan mengatakan risiko masih pada tahap tinggi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!