Bas awam terbakar, musnah 80 peratus

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bas berhampiran Kondominium Mont Kiara East, Taman Mastiara semalam.
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah bas berhampiran Kondominium Mont Kiara East, Taman Mastiara semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah bas terbakar berhampiran Kondominium Mont Kiara East, Taman Mastiara di sini semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Abdul Rahim Mat Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 11.33 pagi.

"Sebuah jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak dikejarkan ke tempat kejadian.

"Operasi turut dibantu BBP Jinjang dan BBP Sentul bersama tiga jentera serta 19 anggota," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah bas terbakar berhampiran Kondominium Mont Kiara East, Taman Mastiara semalam.
Sebuah bas terbakar berhampiran Kondominium Mont Kiara East, Taman Mastiara semalam.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah bas pengangkutan awam dengan kemusnahan dianggarkan 80 peratus namun tidak melibatkan mangsa.

"Api dapat dikawal pada jam 12.08 tengah hari dan padam sepenuhnya pada jam 12.27 tengah hari," kata beliau.

Jelasnya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!