Malaysia terus bersuara pertahan hak rakyat Palestin: Tun M

Dr Mahathir menyampaikan ucapan pembukaan persidangan hak rakyat Palestin di KLCC di sini hari ini.
Dr Mahathir menyampaikan ucapan pembukaan persidangan hak rakyat Palestin di KLCC di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia kekal dengan pendirian untuk terus bersuara bagi menentang ketidakadilan serta mempertahankan hak rakyat Palestin yang ditindas.

Menurutnya, perkara itu terkandung dalam dasar luar negara sejak Malaysia mencapai kemerdekaan lagi.

"Perasaan saya sentiasa bercampur-baur setiap kali dijemput menghadiri persidangan berkaitan Palestin. Pendirian saya dan Malaysia sudah diketahui bahawa kami akan sentiasa menyokong Palestin.

"Saya bangga dan gembira atas komitmen kami dan usaha berterusan untuk memperjuangkan nasib mereka yang tertindas dengan kekejaman Israel," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan The International Conference on the Question of Palestine, 'Southeast Asian Support for the Rights of the Palestinian People' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Bagaimanapun, dalam masa sama Dr Mahathir turut meluahkan kekesalan terhadap sesetengah negara kuasa besar yang memperjuangkan keadilan tetapi 'membutakan' mati dengan ketidakadilan yang dilalui rakyat Palestin.

"Ramai pihak bercakap tentang keadilan dan kebebasan, tetapi 'menjadi buta' apabila rakan dan sekutu melakukan semua perbuatan salah (menindas rakyat Palestin) ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!