Buah ranum yang tumbuh di tepi jalan, bolehkah kita makan sesuka hati?

BERTANYALAH sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling berkenaan tuan punya pokok sebelum pergi ke langkah seterusnya jika ingin menikmati buah berkenaan.
BERTANYALAH sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling berkenaan tuan punya pokok sebelum pergi ke langkah seterusnya jika ingin menikmati buah berkenaan.
A
A
A

MELIHAT buah yang masak ranum di tepi jalan, membuatkan sesiapa sahaja terliur.

Namun begitu, untuk memetik dan mengambil buah itu begitu sahaja memang tidak boleh dilakukan.

Masakan tidak, jika pokok itu mempunyai tuan, kita ibarat 'si pencuri' buah berkenaan kerana mengambil apa yang bukan menjadi hak sendiri.

Jika dibiarkan begitu sahaja, alangkah membazirnya sedangkan hasilnya boleh dimanfaatkan.

Apakah pandangan Islam tentang hal itu? Adakah buah tersebut boleh dimakan sesuka hati jika memang tidak ditemui siapakah tuan kepada pokok tersebut?

Segmen Soal Jawab Netizen pada hari ini akan merungkaikan tentang persoalan itu.

Menurut pendakwah yang juga Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Fitri Haris, ada tiga langkah atau adab apabila ingin memanfaatkan buah daripada pokok yang tidak diketahui siapa tuannya.

Apabila suatu pokok berbuah, contohnya rambutan, epal atau kurma di tepi jalan dan kita tidak tahu pemiliknya, adab yang pertama kita kena tanya sekurang-kurangnya minimum tiga kali kepada orang di sekeliling, terang beliau.

Artikel Berkaitan:

"Jika orang tersebut kata 'tidak tahu', tiada jawapan dan sebagainya, kita pergi kepada langkah kedua iaitu dibolehkan untuk kita memakannya. Namun, ada syaratnya iaitu makan di situ saja dan tidak boleh dibawa balik atau dijual.

"Yang ketiga, pokok itu mestilah tidak berada di dalam kawasan berpagar. Ya, kawasan berpagar itu merupakan simbolik atau lambang kepada ia milik seseorang," katanya.

Justeru, Fitri menasihatkan kita agar sentiasa berwaspada dan jangan sampai mengambil hak orang lain tanpa izin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!