Muhyiddin calon PM bukan keputusan MPT Bersatu: Kadir Jasin

A. Kadir Jasin - Foto Bernama
A. Kadir Jasin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Bersatu A Kadir Jasin berkata pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke-8 tidak pernah disokong Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Wartawan veteran itu berkata Majlis Tertinggi yang turut dianggotai beliau, tidak diajak berunding atau dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Pendirian terakhir Majlis Tertinggi yang dibuat dalam mesyuarat malam Isnin lalu ialah Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri,” katanya menerusi Facebook.

Kadir mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Marzuki Yahya, yang memaklumkan bahawa anggota parlimen Bersatu mencalonkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri kelapan.

Muhyiddin setakat ini mendahului dengan 96 sokongan. Sebanyak 36 kerusi adalah daripada partinya, termasuk 10 ahli baru yang diketuai bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Sokongan lain adalah dari Pas (18), Umno (39), MCA (2) dan MIC (1).

PH yang mencalonkan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri setakat ini mendapat 92 sokongan ahli parlimen dari PKR, DAP, dan Amanah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!