Muhyiddin tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kenderaan dinaiki ahli Parlimen dari UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas tiba pekarangan Istana Negara pada jam 10.03 pagi tadi.
Antara yang kelihatan, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Turut sama, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.
Kenderaan yang dinaiki ahli Parlimen itu memasuki pekarangan Istana Negara melalui pintu 2.
Pemimpin tersebut difahamkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung kemelut politik negara yang kini memasuki hari ketujuh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!