Kediaman Tun M kembali jadi tumpuan

Petugas media berkumpul di luar kediaman Dr Mahathir di The Mines Residence hari ini.
Petugas media berkumpul di luar kediaman Dr Mahathir di The Mines Residence hari ini.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Kediaman peribadi Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad di The Mines Residence di sini kembali menjadi tumpuan petugas media.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati petugas media dari pelbagai agensi mulai berkumpul di pintu B seawal jam 8 pagi.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, kumpulan media bergegas ke pintu A apabila sumber memaklumkan kemungkinan Dr Mahathir akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kemelut politik negara semakin panas apabila Dr Mahathir hari ini menawarkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memilih Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Pemilihan Ahli Parlimen Pagoh itu sebagai Perdana Menteri turut disokong UMNO dan Pas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M tawar diri jadi calon Perdana Menteri

Bersatu pilih Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin calon PM bukan keputusan MPT Bersatu: Kadir Jasin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!