Pemilihan Perdana Menteri belum selesai: Amanah
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa menyifatkan bahawa proses pemilihan Perdana Menteri kelapan belum selesai.
Menurut beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melalui proses di Parlimen bagi menentukan sama ada mendapat mandat daripada ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya.
Katanya, penubuhan sebuah kerajaan yang stabil juga adalah kerajaan yang mendapat mandat rakyat.
"Kerajaan di luar mandat tersebut akan merosakkan ekonomi negara. Jadi mesyuarat (Pakatan Harapan) hari ini adalah untuk meneruskan prosesnya.
"Proses pertama dah selesai iaitu Yang di-Pertuan Agong telah menetapkan melalui proses yang Seri Paduka lalui iaitu Perlembagaan, di mana proses Seri Paduka menetapkan seorang Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di luar bangunan Yayasan Al-Bukhary sebelum menghadiri mesyuarat PH di sini, petang tadi.
Meskipun beranggapan proses pemilihan Perdana Menteri itu belum selesai namun Husam berharap rakyat menerima perkembangan baharu politik negara dengan tenang dan aman.
Menurutnya, negara boleh dipulihkan melalui proses demokrasi yang teratur dengan mengembalikan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
"Dengan sokongan daripada Pakatan Harapan dan rakan lain dari Sabah dan Sarawak," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Agong pilih Muhyiddin sebagai Perdana Menteri
Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong
Warisan konsisten sokong Dr Mahathir jadi PM
PH tukar calon PM untuk selesaikan kemelut politik: Anwar
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!