Presiden Peka terima anugerah global
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil menerima anugerah Kedoktoran dalam Kepimpinan Global Sosial, Korporat dan Hospitaliti dari Universiti Antarabangsa Eropah.
Anugerah tersebut berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.
Shariffa Sabrina berkata, beliau tidak menyangka namanya tersenarai sebagai penerima anugerah selain menyifatkan anugerah tersebut sebagai pendorong kepada usaha yang lebih gigih pada masa depan.
"Kerja keras saya bersama pasukan yang berdedikasi termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) saya, akhirnya diiktiraf oleh badan antarabangsa. Saya amat bersyukur. Alhamdulillah," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!