ADUN Rembia nafi ada niat lompat parti

Muhammad Jailani ketika ditemui pemberita pada majlis Rock City Festival di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini, malam ini.
Muhammad Jailani ketika ditemui pemberita pada majlis Rock City Festival di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini, malam ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis kesal apabila dirinya dikaitkan isu lompat parti dengan dikatakan berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membentuk kerajaan negeri baharu.

Muhammad Jailani dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, sekiranya itu berlaku, beliau tidak memerlukan orang tengah untuk menjadi perantaraan dan boleh mengumumkan perkara itu sendiri.

Menurutnya, sehingga hari ini, beliau tidak pernah memikirkan untuk lompat parti biarpun menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri kelapan,Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Jika benar saya ingin tukar mana-mana parti, saya boleh bercakap sendiri dan jika ada orang bercakap bagi pihak saya, itu tidak benar.

"Apabila nyatakan hasrat atau mendapatkan perbincangan bersama pemimpin untuk melakukan sesuatu, saya buat sendiri dan tidak suka orang bercakap bagi pihak saya," katanya ketika ditemui di Majlis Rock City Festival di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, di sini, malam ini.

Beliau mengulas demikian sebagai menafikan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang juga ADUN Paya Rumput, Mohd Rafiq Naizamohideen yang mendakwanya berhasrat lompat parti dengan menyertai Bersatu.

Mohd Rafiq berkata, Bersatu yakin mampu membentuk kerajaan baharu di Melaka bersama Perikatan Nasional sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!