Bas bawa 31 penuntut USM terbabas masuk cerun

Bas membawa 31 pelajar USM terbabas di Kuala Mu, Sungai Siput petang semalam.
Bas membawa 31 pelajar USM terbabas di Kuala Mu, Sungai Siput petang semalam.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seramai 31 penuntut lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) terselamat apabila bas dinaiki mereka terbabas ke cerun sedalam 30 meter berhampiran Rancangan Penempatan Semula (RPS) Legap, Kuala Mu di sini semalam.

Dalam kejadian itu, seorang penuntut dilaporkan cedera manakala dua pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan anggota diketuai Mohd Hamidi Manas bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang.

Menurutnya, hasil keterangan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah brek.

Anggota bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa lain tersepit dalam kejadian itu.
Anggota bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa lain tersepit dalam kejadian itu.

“Setibanya di tempat kejadian, kesemua mangsa berjaya keluar dengan sendiri.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Siput dengan ambulans untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggota bertindak membuat pemantauan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terperangkap di dalam bas.

Artikel Berkaitan:

“Kes tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi itu tamat pada jam 8.20 malam,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!